Tuesday 31 May 2011

Muka baru bakal jadi pertaruhan Rajagobal

Perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini dijangka menjadi medan buat ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal menguji beberapa muka baru serta melihat sejauh mana keupayaan skuad sedia ada.Di samping itu, aksi persahabatan ini juga dianggap penting kepada para pemain sekiranya mahu terpilih untuk beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 nanti.
"Saya mahu mereka beraksi bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sebenar kerana ini mungkin peluang untuk mereka diserap ke dalam kesebelasan utama," ujar Rajagobal.
Seramai 21 pemain dipanggil Rajagobal namun pemain dari skuad Olimpik berkemungkinan tidak akan dipanggil kerana enggan mengganggu persiapan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Lubnan 19 Jun ini.
Namun, Rajagobal menegaskan khidmat pemain dari skuad Olimpik tetap akan diutamakan dan mereka masih boleh dipanggil untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.
Turut dipanggil bersama skuad kebangsaan menentang HK ialah pemain utama negara iaitu Safee Sali yang ketika ini bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.
Selain itu, seramai 10 muka baru turut dipanggil pada sesi pemilihan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya dan ia bertujuan untuk melihat samaada mampu menyesuaikan diri atau tidak di dalam skuad sedia ada.
Antara muka baru tersebut ialah Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Hadi Yahya, Hisyamudin Mohamed Shaari dan Shahrom Abdul Kalam.
Pada 3 Julai, Malaysia akan bertandang ke Taiwan bagi perlawanan kedua. Tugasan skuad kebangsaan diteruskan dengan aksi perlawanan menentang Chelsea pada 21 Julai.

No comments:

Post a Comment