Friday 30 September 2011

Kasih Ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya


Monday 15 August 2011

Pemain Bola Sepak Malaysia dilamar kelab luar negara

Assalamualaikum pembuka bicara..
Salam semua! pasti ramai yang dah tahu berita terbaru sukan bola sepak negara kan? Ada yang tak tahu ke? maklumat belum sampai kot ataupun korang memang tak minat bola haha...jom layan..
Safee Sali

Setelah perpindahannya ke pasukan Pelita Jaya, Indonesia tempoh hari, kini beliau dimaklumkan salah sebuah kelab di Jerman (Bundesliga) berminat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas penilaian dibuat sewaktu Harimau Malaya menentang Singgapura tempoh hari. Namun tiada lagi sebarang pengesahan rasmi tentang perkara ini. Tapi aku memang harap sangat Safee Sali pergi. Kalau main di Bundesliga pasti lebih membanggakan rakyat Malaysia. Kita nantikan info selanjutnya. 


Syafiq Rahim
Kapten Harimau Malaya ini dijangka akan turut mengikut langkah Safee Sali untuk berhijrah ke Liga Indonesia musim depan. Persija Jakarta berminat untuk mengikat kontrak dengan Syafiq Rahim pada awal musim lagi, tapi tidak diteruskan kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Beliau dengan semangat menyatakan akan pergi sejurus tawaran keatas beliau dibuat. Tunggu info selanjutnya.


Amirul Hadi
Pemain lincah yang juga merupakan sayap Harimau Malaya ini juga dijangka akan ke Liga Indonesia pada awal musia depan. Persib Bandung merupakan pasukan yang berminat untuk  mengikat kontrak dengannya. Namun begitu, beliau juga didekati dengan salah sebuah kelab di Jepun. Apa-apa pun tiada sebarang pengesahan yang dibuat sehingga kini. Aku harap Amirul pergi Jepun, hehe biar je Syafiq bermain di Liga Indonesia. hehe


Badrol Bakhtiar
Khabar angin bertiup kencang menyatakan pemain Kedah ini akan ke EPL bersama kelab Wigan Athletic. Ini merupakan tawaran percubaan jangka masa pendek. Kelab Wigan melihat Badrol mempunyai keupayaan dalam mengawal bola. Sebelum ini Badrol pernah bersama Chelsea di Stamford Bridge untuk 2 minggu.
Wah, hebat betul Badrol ni, dalam diam bakal ke EPL.

Wednesday 20 July 2011

MALAYSIA VS SINGAPORE

Malaysia akan melawan Singapura untuk mendapat tempat ke pusingan  seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.



Singapore VS Malaysia
Date:23 July 2011
Venue:Jalan Besar Stadium
Time:7:30

Malaysia VS Singapore
Date:28 July 2011
Venue:National Bukit Jalil Stadium
Time:8:45

Thursday 7 July 2011

BODOH BERAPI! HIMPUNAN BERSIH, MENGKELEDAIKAN MELAYU!

Aku tak mahulah cerita panjang bab BERSIH 2.0 tajaan FUCKATAN HARAMI pada 9 Julai nanti. Apa yang aku nak kata ialah, kalau setakat Melayu saja yang jadi pencacai berhimpun, berarak, kemudian kena tembak dengan gas pemedih mata sambil minum air longkang FRU semata-mata kononnya untuk memperjuangkan keadilan, sebenarnya itu adalah kebodohan yang maha melampau!

Cuba cerita dengan aku, sepanjang FUCKATAN HARAMI buat perhimpunan dan perarakan, seramai manakah ahli PKR Cina dan India serta Cina-Cina DAP yang turut berarak sama? Yang aku nampak, bahlol-bahlol Melayu dari Universiti, puak-puak PAS yang tengah duk cari jalan nak berjihad dan mudah terpengaruh dengan cerita-cerita syurga pokemon PAS yang lebih sibuk dan terlebih sudu berbanding Cina-Cina yang duk bagi api baik punya perasap punggung puak-puak ni untuk tunjuk perasaan!

Tapi yang menariknya, bila dikatakan HIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah himpunan rakyat. Takkanlah rakyat yang dimaksudkan oleh Ambiga Seevanarasan ini hanyalah MELAYU saja? Bab berarak di jalan raya dan dapat imej buruk, Melayu? Bab jadi tukang dalang, jadi tukang anjur, bukan Melayu?

Ambiga Seevanarasan tu sendiri adalah Hindu yang cukup menyokong orang Melayu murtad dari Islam. Heran juga aku... PAS dah mula sokong orang Melayu murtad ke? Takkan Fadhil Nor yang dah reput dalam tanah tu pun, restui juga padahal dia jugalah yang dulu sibuk desak kerajaan supaya jatuhkan hukuman bunuh kepada orang Melayu yang murtad dari Islam.

Takkanlah sebab Ambiga tentang kerajaan, maka PAS kena sokong separuh mati? Setahu akulah yang tak berapa  mengaji pandai nih macam orang PAS, mana boleh tentang kemungkaran dengan bersubahat atau melakukan kemungkaran juga. Takkan dah berubah juga kut 'undang-undang' tu?

Atau memang semenjak Mat Sabu jadi Timbalan Presiden PAS, PAS memang dah ubah habis konsep perjuangan dan lebih terbuka sekarang?  Dulu tak boleh murtad, sekarang dah boleh?

Tapi yang paling aku pelik, kenapa hanya Melayu saja yang seronok nak berarak di jalan raya, sedangkan Cina dan India tak ada pulak? Aku tengok dalam blog-blog diorang, takder pulak cerita nak turun perarakan BERSIH 2.0... tapi dalam blog FUCKATAN HARAMI Melayu, semuanya bersungguh-sungguh, siap ajak semua orang turun lagi.

Puak FUCKATAN HARAMI Melayu ni memang pencacai Cina dan India PKR sama DAP ke?

Wednesday 8 June 2011

Sejarah Piala FA

Sejarah Piala FA
TahunJuaraKeputusanNaib-JuaraVenue
2011Terengganu/KelantanvsTerengganu/KelantanStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2010Negeri Sembilan1-1
(a.e.t, Penalti 5-4)
KedahStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009Selangor1-1
(a.e.t, Penalti 4-1)
KelantanStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008Kedah3-2SelangorStd Shah Alam
2007Kedah0-0
(Penalti 4-2)
PerlisStd Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
2006Pahang0-0
(Penalti 4-2)
PerlisStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala.Lumpur
2005Selangor 4-2Perak Std Shah Alam
2004Perak 3-0
(a.e.t. 0-0)
TerengganuStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003Negeri Sembilan2-1Perlis Std Perak, Ipoh
2002Pulau Pinang1-0PerakStd Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001Selangor 1-0Sarawak Std Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000Terengganu1-1
(Penalti. 4-3)
Pulau PinangStd Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
1999Kuala Lumpur0-0
(Penalti 5-3)
TerengganuStd Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu
1998Johor1-0Sabah Std Likas, Kota Kinabalu
1997Selangor1-0Pulau PinangStd Perak, Ipoh
1996Kedah 1-0Sarawak Std Merdeka, Kuala Lumpur
1995Sabah3 -1PahangStd Merdeka, Kuala Lumpur
1994Kuala Lumpur3-1SabahStd Merdeka, Kuala Lumpur
1993Kuala Lumpur2-1SabahStd Merdeka, Kuala Lumpur
1992Sarawak2-1Kuala Lumpur Std Negeri, Kuching
1991Selangor 1-0PerakStd Merdeka, Kuala Lumpur
1990Perak4-2SelangorStd Merdeka, Kuala Lumpur

Pencapaian Terbaik Pasukan
PasukanJohanNaib-Johan
Selangor51
Kuala Lumpur31
Perak23
Kedah30
Sabah13
Sarawak12
Terengganu12
Pulau Pinang12
Pahang11
Johor10
Negeri Sembilan20
Perlis03
Kelantan01

Kelantan Vs Terengganu..Piala FA Milik Kelantan?????

Piala FA 2011:- Kelantan Vs Terengganu Di Stadium Nasional Bukit Jalil

KEMAMAN - Perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di stadium tersebut.

"Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA yang akan datang ini," katanya kepada pemberita.

Mengenai aspek keselamatan semasa perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan mampu menunjukkan sikap yang terbaik.

"Insyaallah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab, boleh berkongsi budu, keropok lekor dan masing-masing makan nasi dagang, saya rasa masing-masing akan jaga kesopanan dan ketertiban.

"Kita dua negeri yang sepatutnya tidak berbalah, kalau logiknya kita jangka bukan bermain di Bukit Jalil tapi bermain di Besut, tetapi malangnya di Besut tidak ada stadium," katanya.

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Selangor dengan agregat 6-2 manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 setelah mengalahkan Pahang.

Tuesday 31 May 2011

Muka baru bakal jadi pertaruhan Rajagobal

Perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini dijangka menjadi medan buat ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal menguji beberapa muka baru serta melihat sejauh mana keupayaan skuad sedia ada.Di samping itu, aksi persahabatan ini juga dianggap penting kepada para pemain sekiranya mahu terpilih untuk beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 nanti.
"Saya mahu mereka beraksi bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sebenar kerana ini mungkin peluang untuk mereka diserap ke dalam kesebelasan utama," ujar Rajagobal.
Seramai 21 pemain dipanggil Rajagobal namun pemain dari skuad Olimpik berkemungkinan tidak akan dipanggil kerana enggan mengganggu persiapan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Lubnan 19 Jun ini.
Namun, Rajagobal menegaskan khidmat pemain dari skuad Olimpik tetap akan diutamakan dan mereka masih boleh dipanggil untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.
Turut dipanggil bersama skuad kebangsaan menentang HK ialah pemain utama negara iaitu Safee Sali yang ketika ini bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.
Selain itu, seramai 10 muka baru turut dipanggil pada sesi pemilihan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya dan ia bertujuan untuk melihat samaada mampu menyesuaikan diri atau tidak di dalam skuad sedia ada.
Antara muka baru tersebut ialah Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Hadi Yahya, Hisyamudin Mohamed Shaari dan Shahrom Abdul Kalam.
Pada 3 Julai, Malaysia akan bertandang ke Taiwan bagi perlawanan kedua. Tugasan skuad kebangsaan diteruskan dengan aksi perlawanan menentang Chelsea pada 21 Julai.

Tuesday 24 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?
tanahruntuh Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al 
Takwa
Kerja menyelamat mangsa Tanah Runtuh - Bharian.com.my
Terkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat
1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat – Bharian.com.my
2. Mangsa yang maut terdiri daripada 16 kanak-kanak dan seorang dewasa dikenali sebagai Azrel, Nael, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman, Riz, Fahad, Aiman, Hazim, Mustakim dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an – Utusan.com.my
3. Mangsa yang terselamat terdiri daripada 9 kanak-kanak dan dewasa dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Akmal, Aizat, Alaudin, Irwan, Din dan Syafiq berusia empat tahun hingga 30-an – Bharian.com.my
4. Dua dari sembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital Ampang dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini. Enam mangsa yang cedera ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang – Bharian.com.my
5. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera dan pengebumian mangsa yang meninggal juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan – Utusan.com.my
6. Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini. Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang. Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.
anakyatim 300x196 Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al
 Takwa

Thursday 19 May 2011

Simbah Asid

Kecoh skarang dengan kes simbah asid yang semakin teruk di sekitar KL. Lebih-lebih lagi bila si saspek ni menyasarkan kaum-kaum hawa yang ada diluar sana untuk disimbah asid.
Bila perkara macam ni berlaku, memang buat aku geram je dengan saspek ni. Dah bodoh sangat pergi simbah asid kat muka-muka mangsa yang tak bersalah. Kalau diikutkan statistik, semua mangsa yang disimbah tak ada kaitan pun dengan saspek. Pendek kata semuanya segala rawak. Siapa yang malang boleh terkena.
Mungkin si saspek ada sejarah hitam dengan wanita, tapi tak perlulah nak dendam kat semua wanita sampaikan macam ni sekalikan. Ingat lah tak semua wanita sama, ada yang baik dan ada yang jahat. Sama jugak macam lelaki.
Akhir sekali, aku harap kes ni cepat-cepat la selesai. Kasihan tengok kaum-kaum hawa yang terpaksa berjalan dalam keadaan ketakukan. Lagi satu, sebagai satu langkah peringatan, kalau kaum wanita berjalan sorang-sorang, bawa satu bekas air mineral k. In case terkena asid, boleh basuh cepat-cepat dengan air yang dibawa. Tapi harap tak terjadi lah kan. Amin.

Wednesday 11 May 2011

Hukum Bekerja Di 7 Eleven

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sunday 8 May 2011

6 Tips Untuk Menjadi Ketua

1. Bijak membuat keputusan.
Untuk menjadi ketua walaupun Anda bukan ketua, fikir cadangan bernas kemudian beranikan diri mengutarakan idea itu sebagai satu keputusan yang lahir dari fikiran Anda sendiri. Setiap organisasi sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi semakin baik, bertambah baik. Dalam proses untuk menjadi lebih baik, ketua organisasi perlu membuat keputusan. Di sinilah peluang Anda. Anda perlu bijak membuat keputusan supaya kawan-kawan Anda menanggap Anda sebagai seorang ketua kerana Anda bijak membuat keputusan .
2. Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Elakkan mengomen-ngomen, mengomplen-ngomplen, mengata atau memburukkan-burukkan. Untuk Anda menonjol menjadi seperti ketua, inspirasikan kawan-kawan sekerja Anda. Beri semangat, wujudkan rasa kekitaan, pentingkan manfaat bersama, wujudkan rasa bertanggungjawab di antara Anda dengan rakan-rakan Anda. Lebihkan memberi. Elak mempersoalkan hak, maruah dan kepentingan. No selfishness!
3. Rancang, organisasikan, pimpin, kawal.
Rancang apa yang perlu dilakukan, organisasikan (bahagi-bahagikan) tugas kepada kawan-kawan sekerja Anda, pimpin melalui teladan bukan melalui kekuasaan, kawal selia pencapaian. Teliti sejauh mana pencapaian organisasi. Untuk menjadi seorang ketua, Anda perlu membangkitkan rasa kekaguman di dalam hati rakan-rakan Anda. Lakukannya dengan menjadi penggerak, bukan pengikut.
4. Elak memarah, memaki, elak beremosi.
Emosi negatif menghancurkan Anda. Sebab sesiapapun tak akan suka berada dekat dengan orang beremosi negatif. JIka Anda selalu beremosi negatif, sesiapun tak suka mendekati Anda. Kawal diri Anda. Buang emosi negatif, pakai emosi positif sepanjang masa. Biar Anda yang kawal emosi, bukan anda yang dikawal emosi.
5. Pamerkan keyakinan diri
Berlakonlah menjadi orang konpiden. Kawal rasa gugup dengan mempamerkan keyakian diri di wajah Anda. Lihat gaya orang berkeyakinan diri yang anda lihat di sekeliling anda kemudian tiru. Keyakinan diri di sini bukan maksudnya over confident, tapi keyakinan diri yang terpamer melalui air muka yang tenang serta kata-kata yang lancar.
6. Jangan tamak kuasa!
Jadilah ketua berwibawa, berkarisma dan positif perangainya. Jangan jadi ketua yang tamak kuasa, mahukan kuasa serta mahu dilihat sebagai orang berkuasa. Selalu amalkan tips pertama hingga tips kelima tadi berulang-ulang.
Anda akan rasai sendiri kesannya dalam 3 minggu, bergantung pada seikhlas mana hati Anda mahu menjadi seorang ketua.

JADILAH PEKERJA YANG PROFESIONAL

Profesional itu tidak hanya disandang oleh mereka yang bekerja di gedung pejabat besar atau para bos yang memakai blazer dan bertali leher sahaja. Profesional boleh diterapkan sejak usia 20-an. Dengan bersikap professional maka orang lain akan lebih menghormati kita. Namun kebanyakan dari kita ada yang bingung, bagaimana cara bersikap profesional itu.
Berikut ini beberapa cara bersikap profesional:


1. Melaksanakan tugasan walau tiada mood
Mood. itu sangat wajar, namanya juga manusia. Yang tidak baik, apabila mengganggu ritma kerja. Apalagi mengganggu keseluruhan sistem. Kecenderungan moody biasanya dialami oleh perempuan. Meskipun demikian, tidak tertutup kemungkinan boleh juga terjadi kepada lelaki. Jadi bagaimana? Ia melibatkan psikologi. Yakinlah saja bahawa kita yang mengendalikan mood, bukan sebaliknya.

2. Marahlah pada tempatnya
Marah itu juga semula jadi. Menjadi tidak baik, jika marah kita berantai alias tidak selesai-selesai. Dan menjadi tidak baik juga jika marah kita pada satu hal, dilampiaskan pada hal lain. Atau pada satu orang, lalu dilampiaskan pada semua orang. Posisi menentukan kadar kemarahan. Bukan kerana posisi lebih tinggi, lalu bebas marah-marah ke posisi yang lebih rendah? Atau merasa terseksa kerana tidak boleh marah ke posisi yang lebih tinggi dari kita? Segera dinginkan kepala dan hati kita. Buang tenaga kemarahan itu sejenak dengan cara yang lebih baik.

3. Cepat faham
Jika anda tergolong orang yang lambat faham sesuatu, anda perlu berubah. Orang akan malas dan benci berurusan dengan kelembapan. Apalagi di zaman internet dan teknologi ini. Siapa yang leka dia yang tersingkir.

4. Melakukan yang terbaik
Meski yang kita terima kurang atau tidak sebanding dengan yang kita kerjakan, kita perlu terus melakukan yang terbaik. Berani membuat keputusan bererti berani terima risiko Jika sejak awal tidak mampu atau tidak suka dengan tanggungjawab yang diberikan mengapa menerima kerja tersebut. Jika mahu menjadi profesional, jadilah orang yang bertanggungjawab.

5. Menepati janji
Man in honour, keeps his words. Berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu. Jangan amalkan suka membuat janji-janji palsu.

PENGURUSAN MASA

Kenapa kita perlu mengurus masa? Kata Dr Taufiq Al Wa'ei...sekiranya kita dapat mengurus masa kita dengan baik maka kita dapat melakukan banyak kerja atau tanggungjawab dalam suatu masa. As Syahid Hassan al Banna menyebutkan bahawa ..... Mukmin mempunyai tanggungjawab lebih dari masa yang ada.

2 penyataan ini dapat memberi jawapan mengapa kita perlu bahkan kita seharusnya mengurus masa kita dengan baik. Persoalannya ramai yang tidak dapat menguruskan masa mereka dengan baik. Bahkan ada yang sengaja membazirkan masa yang pada hakikatnya terlalu terhad dan bernilai. Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk kita menguruskan masa yang kita ada.

PERTAMA. Jangan kita rasa kita membuang masa apabila kita berhenti dan duduk sebentar untuk merancang penggunaan masa kita dengan baik. Mungkin kita terpaksa membeli buku untuk mendalami bagaimana cara terbaik untuk mengurus masa kita. Ingat! Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

KEDUA. Refresh atau resetting matlamat yang ingin kita capai supaya ianya benar-benar jelas dan segar supaya dengannya kita dapat bezakan antara perkara yang utama dan kurang utama (rujuk artikel2 sebelum ini). Ingat! Matlamat yang jelas akan membangkitkan semangat dan daya kreativiti untuk kita memanfaatkan kehidupan yang seketika ini. sekarang ini senaraikan perkara-perkara yang benar-benar utama dan kurang utama. Senaraikan juga perkara yang benar-benar segera dan perkara yang penting tetapi masih boleh kita tangguh dulu pelaksanaannya. Contohnya: penglibatan di dalam aktiviti kelab dan persatuan sememangnya penting bagi pelajar untuk membangunkan skill kepimpinan dan kerja kumpulan tetapi apabila kita berdepan dengan peperiksaan maka kedua-duanya penting. Satunya akan meningkatkan softskill yang tanpanya ijazah yang kita miliki tidak akan benar-benar bermanfaat, keduanya perlu untuk kita memiliki ijazah atau kualiti akademik.....tetapi keduanya memiliki perbezaan dari sudut muwazzonat atau timbangan kesegeraannya. Satunya masih boleh ditangguhkan manakala yang satu lagi telah pun ditetapkan tarikhnya. Bagaimana pula kalau kita bekerja di pejabat...tiba-tiba Boss berikan satu atau beberapa tugas baru sedangkan tugasan yang sebelumnya belum lagi kita habiskan. jadi apa yang perlu lakukan? KIta akan pening kepala untuk menentukannya kerana kita hanya melaksanakan tugasan dari orang lain dan mereka yang memberi tugasan itu lebih sedar mana yang segera mana yang tidak, mana yang penting dan mana yang kurang penting....jadi tanyakan pada boss kita mana yang dia ingin untuk disiapkan terlebih dahulu.

KETIGA. Wujudkan atau susun "To Do List". Mungkin daya ingatan kita tajam tetapi ada masa-masanya kita kehilangan fokus terutama apabila kerja bertimbun. Susun semua tugasan itu mengikut turutan masa. Warnakan semua tugasan itu mengikut kepentingan dan kesegeraannya. Contohnya warnakan tugasan yang penting dan segera dengan warna merah dan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna pink. Warnakan tugasan yang kurang penting tetapi segara dengan warna kuning manakala tugasan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna grey dan sebagainya.

KEEMPAT. Pastikan perancangan kita itu flexible....jangan terlalu rigid. Pastikan dalam perancangan kita ada ruang untuk perubahan terutamanya apabila ada gangguan. Dan apabila ada gangguan...tentukan kedudukannya dalam perancangan kita...samada penting atau tidak, segera atau boleh ditangguhkan. Contohnya kawan kita ajak kita keluar shopping. Tentukan nilai shopping pada masa itu...penting atau tidak penting.

KELIMA. Tentukan "Biological Prime Time(BPT)". Setiap kita dipengaruhi oleh BPT masing-masing, ada orang selesa membaca ketika malam dan ada orang suka membaca diawal pagi...bagaimana dengan kita. Pastikan kita mengambil kita BPT ketika merancang dan menjadualkan masa kita. Jangan kita letakkan waktu membaca di waktu petang sedangkan kita tidak selesa membaca pada waktu itu. (Sebagai nasihat berkaitan membaca atau menonton: Bacalah atau tontonlah bahan-bahan yang serius bukan bersifat hiburan atau santai....kerana ini akan menentukan keluasan ilmu kita dan kematangan dalam berfikir)

KEENAM. Uruskan masa kita dengan sebaiknya. Saya suka ringkaskan takrifan PENGURUSAN kepada dua penyataan :1. Buat perkara yang betul (Do the right thing) 2. Buat perkara yang betul itu betul-betul (Do the thing right). Kita akan membazirkan masa dan umur kita dengan membuat perkara-perkara yang tidak betul.... kita akan sia-siakan usaha dan tenaga kita apabila tidak membuat sesuatu tindakan itu betul-betul hingga kerja-kerja kita gagal atau terbengkalai.

KETUJUH. Elakkan perkata-perkara Urgent atau datang tiba-tiba. Jika kita tidak merancang betul-betul banyak perkara yang tiba-tiba saja kita perlu laksanakan. Ini akan menganggu perancangan kita. Jadi berikan masa yang secukupnya untuk merancang masa kita. Pastikan semua perkara diambil kira. Lihat permasalahan dari setiap sudut.

KELAPAN. Jangan terlalu sempurna. Setiap kita ada kelemahan kerana itulah sifat manusia. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi dan jangan pula kita takut berdepan dengan kegagalan. Rancang yang terbaik dan laksanakan yang termampu.... natijahnya serahkan pada Allah SWT. Kadang-kadang sifat inginkan yang terlalu sempurna menyebabkan kita jadi Allien dalam masyarakat.

KESEMBILAN. Belajar untuk katakan 'tidak'. Tak semua permintaan perlu kita penuhi, Tak semua tanggungjawab perlu kita tanggung dan tak semua tugasan, kita yang perlu buat. Sentiasa nilai perancangan kita, ukur kemampuan diri kita sebelum menerima tugasan atau tanggungjwab baru.

KESEPULUH. Ingatlah bahawa kita akan dipanggil pulang mengadap Allah SWT....pastikan perkara ini kita ambil kira ketika melakukan perancangan dan menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu kita tinggalkan. Pastikan perancangan kita menjangkau kehidupan dunia yang sementara dan sampai kepenghujung kehidupan kita yang sebenarnya. Pastikan kejayaan yang kita cari itu adalah kejayaan hakiki dan kebahagiaan yang cuba kita raih itu adalah kebahagiaan yang kekal abadi.

Umur yang panjang jangan dipendekkkan dengan tidur