Tuesday 31 May 2011

Muka baru bakal jadi pertaruhan Rajagobal

Perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini dijangka menjadi medan buat ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal menguji beberapa muka baru serta melihat sejauh mana keupayaan skuad sedia ada.Di samping itu, aksi persahabatan ini juga dianggap penting kepada para pemain sekiranya mahu terpilih untuk beraksi pada pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 nanti.
"Saya mahu mereka beraksi bersungguh-sungguh dan mempamerkan aksi sebenar kerana ini mungkin peluang untuk mereka diserap ke dalam kesebelasan utama," ujar Rajagobal.
Seramai 21 pemain dipanggil Rajagobal namun pemain dari skuad Olimpik berkemungkinan tidak akan dipanggil kerana enggan mengganggu persiapan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Lubnan 19 Jun ini.
Namun, Rajagobal menegaskan khidmat pemain dari skuad Olimpik tetap akan diutamakan dan mereka masih boleh dipanggil untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.
Turut dipanggil bersama skuad kebangsaan menentang HK ialah pemain utama negara iaitu Safee Sali yang ketika ini bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.
Selain itu, seramai 10 muka baru turut dipanggil pada sesi pemilihan yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya dan ia bertujuan untuk melihat samaada mampu menyesuaikan diri atau tidak di dalam skuad sedia ada.
Antara muka baru tersebut ialah Helmi Remeli, Ismail Faruqi Ashari, Abdul Hadi Yahya, Hisyamudin Mohamed Shaari dan Shahrom Abdul Kalam.
Pada 3 Julai, Malaysia akan bertandang ke Taiwan bagi perlawanan kedua. Tugasan skuad kebangsaan diteruskan dengan aksi perlawanan menentang Chelsea pada 21 Julai.

Tuesday 24 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tiada apa yang dapat diluahkan melainkan sebak dihati setiap kali membaca kisah tragedi tahan runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa. Begitulah rapuhnya nyawa sekelip mata hilang diambil Allah SWT dengan berbagai cara. Tiada apa yang boleh kita banggakan harta benda dan pangkat tidak dapat menghalang apabila sudah tiba masanya. Kejadian ini adalah peringatan kepada diri kita adakah sudah bersedia?
tanahruntuh Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al 
Takwa
Kerja menyelamat mangsa Tanah Runtuh - Bharian.com.my
Terkini Tragedi Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa sambungan dari entri “Tahan Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Hulu Langat
1. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat – Bharian.com.my
2. Mangsa yang maut terdiri daripada 16 kanak-kanak dan seorang dewasa dikenali sebagai Azrel, Nael, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman, Riz, Fahad, Aiman, Hazim, Mustakim dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an – Utusan.com.my
3. Mangsa yang terselamat terdiri daripada 9 kanak-kanak dan dewasa dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Akmal, Aizat, Alaudin, Irwan, Din dan Syafiq berusia empat tahun hingga 30-an – Bharian.com.my
4. Dua dari sembilan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital Ampang dan seorang sedang menjalani pembedahan, menurut seorang pegawai khidmat pelanggan hospital berkenaan hari ini. Enam mangsa yang cedera ditempatkan di wad biasa Hospital Ampang – Bharian.com.my
5. TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera dan pengebumian mangsa yang meninggal juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan – Utusan.com.my
6. Tujuh daripada 16 mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding di Hulu Langat hari ini. Kesemua jenazah tujuh mangsa itu dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 2.30 petang. Dua lagi mangsa dikebumikan di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil selepas solat Zuhur hari ini, manakala tujuh lagi mangsa lain sudah dituntut ahli keluarga masing-masing dari Hospital Kuala Lumpur.
anakyatim 300x196 Terkini Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al
 Takwa

Thursday 19 May 2011

Simbah Asid

Kecoh skarang dengan kes simbah asid yang semakin teruk di sekitar KL. Lebih-lebih lagi bila si saspek ni menyasarkan kaum-kaum hawa yang ada diluar sana untuk disimbah asid.
Bila perkara macam ni berlaku, memang buat aku geram je dengan saspek ni. Dah bodoh sangat pergi simbah asid kat muka-muka mangsa yang tak bersalah. Kalau diikutkan statistik, semua mangsa yang disimbah tak ada kaitan pun dengan saspek. Pendek kata semuanya segala rawak. Siapa yang malang boleh terkena.
Mungkin si saspek ada sejarah hitam dengan wanita, tapi tak perlulah nak dendam kat semua wanita sampaikan macam ni sekalikan. Ingat lah tak semua wanita sama, ada yang baik dan ada yang jahat. Sama jugak macam lelaki.
Akhir sekali, aku harap kes ni cepat-cepat la selesai. Kasihan tengok kaum-kaum hawa yang terpaksa berjalan dalam keadaan ketakukan. Lagi satu, sebagai satu langkah peringatan, kalau kaum wanita berjalan sorang-sorang, bawa satu bekas air mineral k. In case terkena asid, boleh basuh cepat-cepat dengan air yang dibawa. Tapi harap tak terjadi lah kan. Amin.

Wednesday 11 May 2011

Hukum Bekerja Di 7 Eleven

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sunday 8 May 2011

6 Tips Untuk Menjadi Ketua

1. Bijak membuat keputusan.
Untuk menjadi ketua walaupun Anda bukan ketua, fikir cadangan bernas kemudian beranikan diri mengutarakan idea itu sebagai satu keputusan yang lahir dari fikiran Anda sendiri. Setiap organisasi sentiasa berubah dari semasa ke semasa untuk menjadi semakin baik, bertambah baik. Dalam proses untuk menjadi lebih baik, ketua organisasi perlu membuat keputusan. Di sinilah peluang Anda. Anda perlu bijak membuat keputusan supaya kawan-kawan Anda menanggap Anda sebagai seorang ketua kerana Anda bijak membuat keputusan .
2. Jadilah penginspirasi, bukan pengkonspirasi.
Elakkan mengomen-ngomen, mengomplen-ngomplen, mengata atau memburukkan-burukkan. Untuk Anda menonjol menjadi seperti ketua, inspirasikan kawan-kawan sekerja Anda. Beri semangat, wujudkan rasa kekitaan, pentingkan manfaat bersama, wujudkan rasa bertanggungjawab di antara Anda dengan rakan-rakan Anda. Lebihkan memberi. Elak mempersoalkan hak, maruah dan kepentingan. No selfishness!
3. Rancang, organisasikan, pimpin, kawal.
Rancang apa yang perlu dilakukan, organisasikan (bahagi-bahagikan) tugas kepada kawan-kawan sekerja Anda, pimpin melalui teladan bukan melalui kekuasaan, kawal selia pencapaian. Teliti sejauh mana pencapaian organisasi. Untuk menjadi seorang ketua, Anda perlu membangkitkan rasa kekaguman di dalam hati rakan-rakan Anda. Lakukannya dengan menjadi penggerak, bukan pengikut.
4. Elak memarah, memaki, elak beremosi.
Emosi negatif menghancurkan Anda. Sebab sesiapapun tak akan suka berada dekat dengan orang beremosi negatif. JIka Anda selalu beremosi negatif, sesiapun tak suka mendekati Anda. Kawal diri Anda. Buang emosi negatif, pakai emosi positif sepanjang masa. Biar Anda yang kawal emosi, bukan anda yang dikawal emosi.
5. Pamerkan keyakinan diri
Berlakonlah menjadi orang konpiden. Kawal rasa gugup dengan mempamerkan keyakian diri di wajah Anda. Lihat gaya orang berkeyakinan diri yang anda lihat di sekeliling anda kemudian tiru. Keyakinan diri di sini bukan maksudnya over confident, tapi keyakinan diri yang terpamer melalui air muka yang tenang serta kata-kata yang lancar.
6. Jangan tamak kuasa!
Jadilah ketua berwibawa, berkarisma dan positif perangainya. Jangan jadi ketua yang tamak kuasa, mahukan kuasa serta mahu dilihat sebagai orang berkuasa. Selalu amalkan tips pertama hingga tips kelima tadi berulang-ulang.
Anda akan rasai sendiri kesannya dalam 3 minggu, bergantung pada seikhlas mana hati Anda mahu menjadi seorang ketua.

JADILAH PEKERJA YANG PROFESIONAL

Profesional itu tidak hanya disandang oleh mereka yang bekerja di gedung pejabat besar atau para bos yang memakai blazer dan bertali leher sahaja. Profesional boleh diterapkan sejak usia 20-an. Dengan bersikap professional maka orang lain akan lebih menghormati kita. Namun kebanyakan dari kita ada yang bingung, bagaimana cara bersikap profesional itu.
Berikut ini beberapa cara bersikap profesional:


1. Melaksanakan tugasan walau tiada mood
Mood. itu sangat wajar, namanya juga manusia. Yang tidak baik, apabila mengganggu ritma kerja. Apalagi mengganggu keseluruhan sistem. Kecenderungan moody biasanya dialami oleh perempuan. Meskipun demikian, tidak tertutup kemungkinan boleh juga terjadi kepada lelaki. Jadi bagaimana? Ia melibatkan psikologi. Yakinlah saja bahawa kita yang mengendalikan mood, bukan sebaliknya.

2. Marahlah pada tempatnya
Marah itu juga semula jadi. Menjadi tidak baik, jika marah kita berantai alias tidak selesai-selesai. Dan menjadi tidak baik juga jika marah kita pada satu hal, dilampiaskan pada hal lain. Atau pada satu orang, lalu dilampiaskan pada semua orang. Posisi menentukan kadar kemarahan. Bukan kerana posisi lebih tinggi, lalu bebas marah-marah ke posisi yang lebih rendah? Atau merasa terseksa kerana tidak boleh marah ke posisi yang lebih tinggi dari kita? Segera dinginkan kepala dan hati kita. Buang tenaga kemarahan itu sejenak dengan cara yang lebih baik.

3. Cepat faham
Jika anda tergolong orang yang lambat faham sesuatu, anda perlu berubah. Orang akan malas dan benci berurusan dengan kelembapan. Apalagi di zaman internet dan teknologi ini. Siapa yang leka dia yang tersingkir.

4. Melakukan yang terbaik
Meski yang kita terima kurang atau tidak sebanding dengan yang kita kerjakan, kita perlu terus melakukan yang terbaik. Berani membuat keputusan bererti berani terima risiko Jika sejak awal tidak mampu atau tidak suka dengan tanggungjawab yang diberikan mengapa menerima kerja tersebut. Jika mahu menjadi profesional, jadilah orang yang bertanggungjawab.

5. Menepati janji
Man in honour, keeps his words. Berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu. Jangan amalkan suka membuat janji-janji palsu.

PENGURUSAN MASA

Kenapa kita perlu mengurus masa? Kata Dr Taufiq Al Wa'ei...sekiranya kita dapat mengurus masa kita dengan baik maka kita dapat melakukan banyak kerja atau tanggungjawab dalam suatu masa. As Syahid Hassan al Banna menyebutkan bahawa ..... Mukmin mempunyai tanggungjawab lebih dari masa yang ada.

2 penyataan ini dapat memberi jawapan mengapa kita perlu bahkan kita seharusnya mengurus masa kita dengan baik. Persoalannya ramai yang tidak dapat menguruskan masa mereka dengan baik. Bahkan ada yang sengaja membazirkan masa yang pada hakikatnya terlalu terhad dan bernilai. Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk kita menguruskan masa yang kita ada.

PERTAMA. Jangan kita rasa kita membuang masa apabila kita berhenti dan duduk sebentar untuk merancang penggunaan masa kita dengan baik. Mungkin kita terpaksa membeli buku untuk mendalami bagaimana cara terbaik untuk mengurus masa kita. Ingat! Jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal.

KEDUA. Refresh atau resetting matlamat yang ingin kita capai supaya ianya benar-benar jelas dan segar supaya dengannya kita dapat bezakan antara perkara yang utama dan kurang utama (rujuk artikel2 sebelum ini). Ingat! Matlamat yang jelas akan membangkitkan semangat dan daya kreativiti untuk kita memanfaatkan kehidupan yang seketika ini. sekarang ini senaraikan perkara-perkara yang benar-benar utama dan kurang utama. Senaraikan juga perkara yang benar-benar segera dan perkara yang penting tetapi masih boleh kita tangguh dulu pelaksanaannya. Contohnya: penglibatan di dalam aktiviti kelab dan persatuan sememangnya penting bagi pelajar untuk membangunkan skill kepimpinan dan kerja kumpulan tetapi apabila kita berdepan dengan peperiksaan maka kedua-duanya penting. Satunya akan meningkatkan softskill yang tanpanya ijazah yang kita miliki tidak akan benar-benar bermanfaat, keduanya perlu untuk kita memiliki ijazah atau kualiti akademik.....tetapi keduanya memiliki perbezaan dari sudut muwazzonat atau timbangan kesegeraannya. Satunya masih boleh ditangguhkan manakala yang satu lagi telah pun ditetapkan tarikhnya. Bagaimana pula kalau kita bekerja di pejabat...tiba-tiba Boss berikan satu atau beberapa tugas baru sedangkan tugasan yang sebelumnya belum lagi kita habiskan. jadi apa yang perlu lakukan? KIta akan pening kepala untuk menentukannya kerana kita hanya melaksanakan tugasan dari orang lain dan mereka yang memberi tugasan itu lebih sedar mana yang segera mana yang tidak, mana yang penting dan mana yang kurang penting....jadi tanyakan pada boss kita mana yang dia ingin untuk disiapkan terlebih dahulu.

KETIGA. Wujudkan atau susun "To Do List". Mungkin daya ingatan kita tajam tetapi ada masa-masanya kita kehilangan fokus terutama apabila kerja bertimbun. Susun semua tugasan itu mengikut turutan masa. Warnakan semua tugasan itu mengikut kepentingan dan kesegeraannya. Contohnya warnakan tugasan yang penting dan segera dengan warna merah dan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna pink. Warnakan tugasan yang kurang penting tetapi segara dengan warna kuning manakala tugasan yang kurang penting dan kurang segera dengan warna grey dan sebagainya.

KEEMPAT. Pastikan perancangan kita itu flexible....jangan terlalu rigid. Pastikan dalam perancangan kita ada ruang untuk perubahan terutamanya apabila ada gangguan. Dan apabila ada gangguan...tentukan kedudukannya dalam perancangan kita...samada penting atau tidak, segera atau boleh ditangguhkan. Contohnya kawan kita ajak kita keluar shopping. Tentukan nilai shopping pada masa itu...penting atau tidak penting.

KELIMA. Tentukan "Biological Prime Time(BPT)". Setiap kita dipengaruhi oleh BPT masing-masing, ada orang selesa membaca ketika malam dan ada orang suka membaca diawal pagi...bagaimana dengan kita. Pastikan kita mengambil kita BPT ketika merancang dan menjadualkan masa kita. Jangan kita letakkan waktu membaca di waktu petang sedangkan kita tidak selesa membaca pada waktu itu. (Sebagai nasihat berkaitan membaca atau menonton: Bacalah atau tontonlah bahan-bahan yang serius bukan bersifat hiburan atau santai....kerana ini akan menentukan keluasan ilmu kita dan kematangan dalam berfikir)

KEENAM. Uruskan masa kita dengan sebaiknya. Saya suka ringkaskan takrifan PENGURUSAN kepada dua penyataan :1. Buat perkara yang betul (Do the right thing) 2. Buat perkara yang betul itu betul-betul (Do the thing right). Kita akan membazirkan masa dan umur kita dengan membuat perkara-perkara yang tidak betul.... kita akan sia-siakan usaha dan tenaga kita apabila tidak membuat sesuatu tindakan itu betul-betul hingga kerja-kerja kita gagal atau terbengkalai.

KETUJUH. Elakkan perkata-perkara Urgent atau datang tiba-tiba. Jika kita tidak merancang betul-betul banyak perkara yang tiba-tiba saja kita perlu laksanakan. Ini akan menganggu perancangan kita. Jadi berikan masa yang secukupnya untuk merancang masa kita. Pastikan semua perkara diambil kira. Lihat permasalahan dari setiap sudut.

KELAPAN. Jangan terlalu sempurna. Setiap kita ada kelemahan kerana itulah sifat manusia. Jangan letakkan target yang terlalu tinggi dan jangan pula kita takut berdepan dengan kegagalan. Rancang yang terbaik dan laksanakan yang termampu.... natijahnya serahkan pada Allah SWT. Kadang-kadang sifat inginkan yang terlalu sempurna menyebabkan kita jadi Allien dalam masyarakat.

KESEMBILAN. Belajar untuk katakan 'tidak'. Tak semua permintaan perlu kita penuhi, Tak semua tanggungjawab perlu kita tanggung dan tak semua tugasan, kita yang perlu buat. Sentiasa nilai perancangan kita, ukur kemampuan diri kita sebelum menerima tugasan atau tanggungjwab baru.

KESEPULUH. Ingatlah bahawa kita akan dipanggil pulang mengadap Allah SWT....pastikan perkara ini kita ambil kira ketika melakukan perancangan dan menentukan apa yang perlu kita lakukan dan apa yang perlu kita tinggalkan. Pastikan perancangan kita menjangkau kehidupan dunia yang sementara dan sampai kepenghujung kehidupan kita yang sebenarnya. Pastikan kejayaan yang kita cari itu adalah kejayaan hakiki dan kebahagiaan yang cuba kita raih itu adalah kebahagiaan yang kekal abadi.

Umur yang panjang jangan dipendekkkan dengan tidur